Rules & Regulation


Peraturan Majlis Unggun Api Ke-21 &
Pertandingan Kemahiran Ke-14


  1. Semua peserta dikehendaki membayar yuran penyertaan RM18 bagi setiap peserta.
  2. Semua peserta mestilah berpakaian kemas dan digalakkan memakai pakaian seragam pasukan masing-masing sepanjang masa.
  3. Semua peserta tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sepanjang hari Majlis Unggun Api ke-21 & Pertandingan Kemahiran Ke-14 kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
  4. Peserta yang mendaftar bersama pasukan sahaja dibenarkan masuk manakala peserta yang tidak mendaftar atau ingin datang atas nama sendiri dilarang masuk.
  5. Peserta mestilah menjaga disiplin diri sendiri.
  6. Hanya peserta yang berpakaian uniform pasukan akan dibenarkan masuk ke kawasan sekolah manakala mereka yang berpakaian biasa dilarang masuk ke kawasan sekolah kecuali peserta yang akan membuat persembahan pada malam majlis unggun api.
  7. Peserta diberi amaran supaya tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang, seperti mengusik peserta perempuan, mencederakan peserta lain dan sebagainya. Pihak penganjur akan mengambil tindakan dengan menghubungi pihak polis sekiranya ada peserta yang melakukan perbuatan sedemikian.
  8. Semua peserta haruslah menjaga kebersihan kawasan sekolah sepanjang masa.
  9. Para peserta yang melanggar peraturan akan diminta keluar dari kawasan sekolah.
  10. Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
  11. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan yang berlaku pada peserta. Oleh itu, para peserta diminta menjaga keselamatan sendiri.
  12. Kami akan menjalankan langkah-langkah keselamatan kepada peserta-peserta tetapi peserta-peserta yang ingin membeli perlindungan insurans adalah atas URUSAN SENDIRI.
  13. Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.