PERTANDINGAN LAKONAN
Tujuan: i)
Sebagai hiburan dalam majlis unggun api.
ii) Memberi peluang kepada para peserta untuk
saling berkenalan.
Tarikh : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran : RM 15.00
Bilangan peserta :
Tidak terhad
Tempat saringan :
Gelanggang Bola Keranjang
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran :
2.00 petang
Masa saringan : 2.30 petang
Masa saringan : 2.30 petang
Masa pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian :
--
Had masa :
6 –
12 minit
Peraturan
- Tajuk lakonan adalah bebas dan tajuk yang berdasarkan tema unggun api adalah digalakkan.
- Para peserta hanya diberikan masa 6 – 12 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
- Aksi-aksi ganas dan berunsur agama, politik serta lucah adalah dilarang.
- Bahasa pertuturan dalam lakonan mesti terdiri daripada Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja. Pertuturan juga mestilah sopan dan tidak bersifat kasar.
- Cara lakonan adalah bebas. Rakaman suara dalam pemacu pen adalah digalakkan supaya memudahkan satu sama lain.
- Sekiranya mempunyai pemacu pen yang hendak digunakan semasa persembahan, pihak peserta perlulah menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Pastikan ada dicatat nama kumpulan/pasukan dan nama sekolah.
- Mikrofon tiada akan disediakan dalam saringan, tetapi 3 mikrofon akan disediakan dalam persembahan majlis unggun api.
- Pakaian adalah bebas tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
- Para peserta dilarang mencelupkan warna pada rambut, mengenakan cat kuku dan mempunyai tatu,termasuk yang palsu.
- Keputusan saringan akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum majlis unggun api diadakan. Hanya lakonan yang memuaskan akan dipilih sahaja.Giliran untuk membuat persembahan saringan akan ditentukan melalui cabutan undi semasa pendaftaran dibuat.
- Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN:
- PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
- SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
- TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.
Pemarkahan:
Kreativiti
|
30%
|
Pakaian & Solekan
|
20%
|
Gaya & Perasaan
|
20%
|
Kejelasan Suara & Hasil Bunyi
|
15%
|
Kerjasama
|
15%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i)
Ng Qi
Xuan
ii)
Lau Wei Jing (017-4606684)