PERTANDINGAN NYANYIAN

PERTANDINGAN NYANYIAN
Tujuan :i) Sebagai hiburan dalam Majlis Unggun Api
        ii) Memberi peluang kepada peserta untuk saling berkenalan

Tarikh                                       : 17 Disember 2014
Yuran Pendaftaran                  : RM 15.00
Bilangan Peserta                     : 1 – 4 orang
Tempat Saringan                     : Bilik Pertandingan
Tempat Pertandingan              : Padang
Masa Pendaftaran                   : 12.30 petang
Masa Saringan                         : 1.00 petang
Masa Pertandingan                 : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian                                      : --
Had Masa                                 : 4 – 7 minit

Peraturan
  1. Tajuk lagu adalah bebas dan lagu peserta ciptaan sendiri digalakkan.
  2. Sebarang penciptaan lagu menjadi hak milik peserta. Jika didapati penciptaan meniru orang lain, maka markah akan ditolak.
  3. Lagu yang mengandungi unsur-unsur agama, politik dan lucah adalah dilarang.
  4. Para peserta hanya diberi masa 4 – 7 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
  5. Pihak peserta harus menyediakan muzik yang hendak dimainkan dalam bentuk pemacu pen dan menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Nama kumpulan/pasukan/ dan nama sekolah mesti dicatatkan.
  6. Muzik yang hendak dimainkan hanya boleh dilengkapi dengan irama lagu sahaja.
  7. Pakaian adalah bebas tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
  8. Para peserta dilarang mencelupkan warna pada rambut, mengenakan cat kuku dan mempunyai tatu,termasuk yang palsu.
  9. Keputusan saringan akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum majlis unggun api diadakan. Hanya nyanyian yang memuaskan akan dipilih sahaja.Giliran untuk membuat persembahan akan ditentukan melalui cabutan undi semasa pendaftaran dibuat.
  10. Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
  11. Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
  12. Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
  13. Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.

 PERHATIAN: 
  • PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
  • SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
  • TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.
Pemarkahan:
Nada Suara
40%
Sebutan
20%
Perasaan
20%
Gaya
20%
Jumlah
100%







AJK Bertanggungjawab:
i)       Lee Min Quan (012-4729617)
ii)      Lau Wei Jing(017-4606684)