PERTANDINGAN MEREKA SEPANDUK

PERTANDINGAN MEREKA SEPANDUK
Tujuan: i)Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi peserta.

Tarikh                                       : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran                  : RM15.00
Bilangan peserta                     : 2 orang
Tempat pertandingan             : Gelanggang Bola Keranjang 
Masa pendaftaran                  : 12.30 tengah hari
Masa pertandingan                : 1.00 tengah hari      
Pakaian                                     : Pakaian seragam lengkap

Peraturan
1.Semua hasil rekaan akan dipamerkan dan dikembalikan kepada para peserta selepas persembahan.
2.Semua rekaan sepanduk hendaklah berdasarkan tema unggun api dan disiapkan sebelum pertandingan.
3.Panjang sepanduk yang dikehendaki ialah 2m x 1m. Warna kain sepanduk adalah bebas tetapi harus disediakan oleh pihak peserta sendiri.
4.Bahan warna yang digunakan adalah bebas.
5.Sebarang hasil rekaan menjadi hak milik peserta. Jika didapati hasil rekaan meniru orang lain, maka kelayakan kumpulan tersebut akan dibatalkan.
6.Hanya 2 peserta dibenarkan memberi penerangan.
7.Penerangan mesti dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja.
8.Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.
9.Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.
10.Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.
11.Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
12.Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah akan ditolak.
13.Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
14.Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
15.Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.


PERHATIAN: 
  • PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.  JIKA TIDAK,   KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
  • SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
  • TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.

Pemarkahan:
Daya Tarikan & Kreativiti
35%
Penerangan & Maksud Struktur Rekaan
25%
Kecantikan & Kekemasan
15%
Kebersihan
15%
Kerjasama & Disiplin
10%
Jumlah
100%








 AJK Bertanggungjawab:
i)       Ng Qi Xuan
ii)      Ng Yun Jie (019-5546910)