PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA

PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA
Tujuan:   i) Untuk meningkatkan tahap kemahiran tentang masakan rimba
             ii) Untuk mengeratkan hubungan antara peserta-peserta dari
                  sekolah yang berbeza
            iii) Untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta

Tarikh                                        : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran                      : RM 15.00
Deposit                                      : RM 20.00
Bilangan peserta                         : 4 orang
Masa pendaftaran                       : 7.30  pagi
Masa pertandingan                     : 8.00  pagi
Masa persembahan                    : 11.00 pagi
Tempat pertandingan                  : Padang & Kawasan antara Blok A & B
Pakaian                                    : Memasak       – Kemeja-T pasukan
                                                  Persembahan – Pakaian seragam lengkap

Peraturan

MASAKA

  1. Masakan yang wajib dihidangkan ialah:-                                                                                                                                                             i) Nasi  ii) ayam/itik  iii) ikan  iv) ubi kentang  v) roti lilit  vi) pankek vii) telur  viii) minuman  viiii) manisan
  2. Bahan masakan yang diperlukan haruslah disediakan oleh pihak peserta sendiri.
  3. Hidangan tambahan akan diberikan markah bonus.
  4. Bahan perisa seperti sos cili, sos tomato, kicap soya tidak boleh digunakan kecuali bahan perisa yang diperbuat daripada bahan semula jadi semasa pertandingan oleh peserta sendiri seperti serbuk lada putih yang dibuat oleh peserta sendiri dengan biji lada putih semasa pertandingan.
  5. Alatan moden seperti kuali tidak boleh digunakan untuk memasak kecuali alatan masakan yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti buluh.
  6. Buluh haruslah disediakan oleh peserta sendiri.
  7. Pihak pengadil berhak untuk menyita apa-apa bahan larangan yang dibawa.
  8. Papan zink, karung guni, kayu api dan pasir juga haruslah disediakan oleh peserta sendiri.
  9. Tapak pertandingan merupakan jalan raya yang diperbuat daripada tar, iaitu jalan raya yang biasa digunakan oleh kenderaan.
  10. Semua masakan yang dihidangkan haruslah halal.
MASA
1.    Semua peserta akan diberi tempoh 20 minit untuk menghidupkan api. Selepas 20 minits, markah menghidupkan api tidak akan diberikan.
2.    Masa selama tiga jam diberikan kepada peserta untuk menghidup api, memasak, menghias, menghidang dan membersihkan tapak pertandingan masing-masing.
3.    Markah 20% akan ditolak sekiranya peserta tidak berhenti bekerja apabila masa pertandingan dimaklumkan tamat.
PERSEMBAHAN
4.    Persembahan akan bermula sebaik sahaja tempoh tiga jam itu tamat.
5.    Dua orang sahaja dibenarkan untuk membuat penerangan masakan masing-masing semasa persembahan dijalankan.
6.      Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.
API
7.    Bahan api yang digunakan mestilah bahan semula jadi seperti kayu, daun kering manakala penggunaan bahan bukan semula jadi seperti kertas dan tayar adalah dilarang.
8.    Peserta akan diberikan tiga batang mancis untuk menghidupkan api. Markah akan ditolak bagi setiap batang mancis yang ditambah.
9.Peserta hanya dibenarkan untuk membuat 2 nyalaan api sahaja.
PENGHIASAN
10.Penyediaan menu makanan dan tag nama adalah diwajibkan dengan menggunakan bahan semula jadi manakala resipi makanan akan mendapat markah tambahan sekiranya dibuat.
11.Bahan untuk menghiasi makanan haruslah bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran manakala bahan kimia adalah dilarang.
KEBERSIHAN
12.Sekiranya jalan tar yang diguna oleh peserta mengalami apa-apa kerosakan, peserta diminta membayar ganti rugi. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku, peserta wajib mendirikan ‘tapak menyala api’ dan menyediakan sekurang-kurangnya 2 lapisan papan zink, dua lapisan guni dan lapisan pasir mestilah melebihi 6 cm.   
13.Kebersihan mestilah dijaga di tempat pertandingan peserta masing-masing. Markah kebersihan akan ditolak jika peserta didapati tidak menjaga kebersihan.
14.Deposit akan dipulangkan kepada pihak peserta sekiranya kebersihan tempat pertandingan dijaga dengan baik. 
HAL-HAL LAIN
1.    Peserta tidak boleh meninggalkan tempat pertandingan kecuali mendapat keizinan daripada pihak penganjur.
2.    Peserta tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan orang luar semasa pertandingan dijalankan.
3.    Peserta yang mengganggu peserta lain akan dibatalkan kelayakan bertanding dan dikeluarkan dari tempat pertandingan dengan serta-merta.
4.    Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
5.    Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
6.    Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
7.    Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.


PERHATIAN:
  •  PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK,   KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
  • SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
  • TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.

            Pemarkahan:
Cara Memasak
20%
Kelazatan
20%
Penghiasan
20%
Kebersihan
10%
Kerjasama & Disiplin
10%
Penerangan
10%
Nyalaan Api
5%
Bonus
5%
Jumlah
100%
  

AJK Bertanggungjawab:
i)        Yeoh Wei Cheng   (012-4973282)
ii)      Ng Yun Jie  (019-5546910)