Pertandingan Kawad Kaki Asas

Pertandingan Kawad Kaki Asas  
Tujuan: i) Untuk memupuk semangat bekerjasama antara peserta.
             ii) Untuk meningkatkan disiplin.
Tarikh                                                     : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran                               : RM 15.00
Bilangan peserta                                   : 9 orang (termasuk komander)
Masa pendaftaran                                : 11.15 pagi
Masa Pemeriksaan Pakaian Seragam : 11.45 pagi
Masa Pertandingan                              : 12.30 petang
Tempat pertandingan                           : Gelanggang  Bola Keranjang B,C,D
Pakaian                                                   : Pakaian seragam lengkap

Peraturan
KAWAD KAKI
Asas
1.      Bilangan peserta untuk pertandingan ini mestilah terdiri daripada 9 orang termasuk seorang komander. Peserta yang kelebihan atau kekurangan akan ditolak 10 markah untuk setiap orang.
2.      Setiap komander mestilah memberi komand mengikut giliran yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Komand yang kekurangan akan ditolak markah.
3.      Kawasan pertandingan adalah dalam gelanggang bola keranjang dan tapak pergerakan kawad adalah sebesar satu gelanggang bola keranjang. Tempat permulaan dan tempat tamat adalah tempat masuk gelanggang bola keranjang.
4.      Komander dikehendaki melaporkan diri kepada pihak pengadil sebelum dan selepas persembahan bagi mendapatkan izin untuk bermula dan berakhir.
5.      Markah akan ditolak bagi setiap kesalahan komand yang diberikan dan perbuatan komand yang salah.
MASA
6.      Masa yang diperuntukkan bagi Pertandingan Kawad Kaki Asas adalah 13 minit bagi setiap pasukan tidak termasuk masa untuk pemeriksaan pakaian uniform.
7.      Loceng pertama akan dibunyikan satu kali semasa minit ke-12sebagai penginatan dan loceng kedua akan dibunyikan sebanyak dua kali semasa minit ke-13. 2 markah akan ditolak bagi setiap 20 saat selepas loceng kedua dibunyikan.
8.      Masa akan dikira sebaik sahaja peserta mulai masuk ke tapak pertandingan.
9.      Giliran pertandingan akan ditentukan dengan cabut undi apabila membuat pendaftaran 20 minit sebalum pertandingan.

PEMAKAIAN
10.  Para peserta diwajibkan memakai pakaian uniform yang lengkap semasa pertandingan.
11.  Peserta dibenarkan untuk memakai sarung tangan putih semasa berkawad kaki.
12.  Peserta tidak dibenarkan untuk memakai kasut berpaku semasa pertandingan.
13.  Pemeriksaan pakaian seragam akan dijalankan pada masa yang ditetapkan, pasukan yang tidak datang tepat pada masa akan dibatal kelayakan bertandingnya.
14.  Peserta mestilah berbaris apabila pemeriksaan uniform dilakukan.
LAIN-LAIN
15.  Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
16.  Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
17.  Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
18.  Sila hubungi pihak pengajur jika maklumat yang diberi menimbulkan keliruan.

PERHATIAN: 
  • PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN AKAN DIBATALKAN!
  • PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI  TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.  JIKA TIDAK,   KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
  • TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.
Cara pemarkahan:
            PAKAIAN
Kelengkapan
5%
Kekemasan
5%
Jumlah
10%




            Kawad Asas
Keseragaman
60%
Komand
30%
Semangat
10%
Jumlah
100%



   


           KOMANDER (KETUA PLATUN)
Melapor masuk
8%
Melapor Keluar
8%
Kawad Asas
6%
Semangat
4%
Kawalan
4%
Jumlah
30%







AJK Bertanggungjawab:
i)      Sim Wan Ting (017-4438283)
     ii)      Yeoh Wei Cheng (012-4973282) 

**Senarai komand akan diberi kepada peserta setelah mendapat jawapan tentang penyertaan atau melalui email.sila bagi alamat email anda.