Pertandingan Model Gejet & ‘Pioneering’

Pertandingan Model Gejet & ‘Pioneering’
Tujuan: i) Untuk meningkatkan tahap kemahiran peserta tentang model gejet
                 & ‘pioneering’
             ii) Untuk membolehkan peserta saling berkenalan

Tarikh                                            : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran                       : RM 15.00
Deposit                                          : RM 20.00
Bilangan peserta                           : 4 orang
Masa pendaftaran                        : 7.30 pagi     
Masa pertandingan                      : 8.00 pagi
Masa persembahan                     : 9.00 pagi
Tempat pertandingan                  : Gelanggang Bola Keranjang 
Pakaian                                         : Pakaian seragam lengkap

Peraturan

MODEL GEJET & ‘PIONEERING’
1.      Jenis-jenis model gejet yang hendak disiapkan sebelum pertandingan ialah:-
a)   Pagar                   f) Rak kasut         j) Tong sampah (kering & basah) 
b)   Khemah              g) Rak alatan       k) HQ
c)   Tiang bendera   h) Rak tuala          l) Meja dan kerusi
d)  Tandas                 i) Dapur              m) Pintu gerbang
e)    Menara              
2.      Model gejet yang perlu disiapkan semasa pertandingan ialah:-
a)Jambatan
3.      Model-model gejet tambahan akan diberi markah bonus.

MASA
1.  Para peserta akan diberi tempoh 1 jam untuk menyiapkan, menghias dan  membersihkan model gejet dan tapak masing-masing.
2.  Persembahan model gejet & pioneering akan bermula sebaik sahaja masa 1 jam itu tamat.
3. Markah akan ditolak bagi mana-mana pasukan yang tidak sempat menyiapkan model gejet dan tapak yang diwajibkan dalam masa yang ditetapkan.
BAHAN-BAHAN
1. Hanya bahan seperti kayu sate/ buluh/ rotan/ kayu/ batang lidi, gunting, pisau, benang dan pita pengukur boleh diguna untuk membina model gejet. Bahan lain yang digunakan haruslah dimaklumkan kepada pihak penganjur.
2. Penggunaan cat, syelek, bahan pelekat, bahan kimia, bahan elektronik dan glu adalah dilarang untuk membuat model gejet kecuali untuk kegunaan membuat tapak.
3. Hanya benang yang berwarna putih dibenarkan untuk membuat model gejet.
NISBAH
1.      Setiap model gejet yang dibina haruslah mengikuti nisbah yang ditetapkan, iaitu 1cm mewakilli 30cm.
PERSEMBAHAN
1.    Persembahan akan bermula sebaik sahaja tempoh satu jam itu tamat.
2.    Dua orang sahaja dibenarkan untuk membuat penerangan semasa persembahan dijalankan.
3.      Para peserta hanya diberikan masa 5 minit untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had masa.
 TAPAK MODEL GEJET
1.      Tapak untuk model gejet perlu disediakan oleh peserta sendiri dan tidak boleh melebihi 120cm x 120cm. Kalau tidak, markah akan ditolak.
2.     Tapak tidak boleh dibuat sebelum pertandingan bermula.
KEBERSIHAN
 1.      Kebersihan mestilah dijaga di tempat pertandingan peserta masing-masing. Markah akan ditolak  jika peserta tidak  menjaga kebersihan.
2.      Deposit akan dipulangkan kepada pihak peserta sekiranya kebersihan tempat pertandingan dijaga dengan  baik.
HAL-HAL LAIN
1.      Semua hasil rekaan akan dikembalikan kepada para peserta selepas pertandingan.
2.      Peserta tidak boleh meninggalkan tempat pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat keizinan daripada pihak penganjur.
3.      Peserta tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan semasa pertandingan dijalankan.
4.      Peserta yang mengganggu peserta lain akan dibatalkan kelayakan bertanding dan dikeluarkan dari tempat pertandingan dengan serta-merta.
5.      Peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
6.      Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.  
7.      Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
8.      Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.

PERHATIAN: 
  • PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK,   KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
  • SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
  • TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.

Pemarkahan:
Keteguhan & kestabilan
15%
Kelogikan
15%
Tapak & lokasi
15%
Ikatan
10%
Kreativiti
10%
Kebersihan
10%
Kerjasama & disiplin
10%
Kekemasan & perhiasan
5%
Penerangan
5%
Bonus
5%
Jumlah
100%
     











  
AJK Bertanggungjawab:
i)     Sim Wan Ting (017-4438283)
ii)    Lee Min Quan (012-4729617)