PERTANDINGAN MENGHIAS TAPAK


PERTANDINGAN MENGHIAS TAPAK

Tujuan: i)Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi para peserta
             ii)Memupuk semangat kerjasama antara peserta

Tarikh                                         : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran                    : RM 20.00
Deposit                                      : RM 25.00
Bilangan peserta                       : 10 orang
Tempat pertandingan               : Padang
Masa pendaftaran                    : 2.00 petang
Masa pertandingan                  : 2.30 petang
Masa persembahan                  : 3.15 petang
Pakaian                                      : Pakaian seragam lengkap
                                               

Peraturan


1.     Para peserta akan diberikan masa 45 minit untuk menghias, menyiapkan hasil rekaan dan membersihkan tapak pertandingan masing-masing tetapi masa pertandingan akan tamat sebaik sahaja masa 45 minit itu tamat.

2.     Sebelum pertandingan dimulakan, dari pukul 2.30 petang hingga 3.15 petang, para peserta dibenarkan meletakkan barang yang perlu digunakan di tapak pertandingan masing-masing dan masa untuk menghias adalah pada pukul 2.30 petang hingga 3.15 petang .

3.     Markah akan ditolak bagi mana-mana pasukan yang menggunakan masa tambahan.

4.     Perserta perlu berhenti menghias pada pukul 3.15 petang dan masa persembahan adalah sehingga 4.00 petang . Peserta diberikan sebanyak 3 minit untuk memberi penerangan.

5.     Para peserta dikehendaki menyediakan barang-barang keperluan seperti gergaji, buluh dan lain-lain lagi.

6.     Para peserta dilarang mengorek lubang di tapak pertandingan. Pancang boleh digunakan tetapi mesti dikeluarkan selepas majlis unggun api. Penggunaan pancang mesti diberitahu kepada pihak penganjur semasa pendaftaran dibuat.

7.     Para peserta tidak dibenarkan meninggalkan tapak pertandingan semasa pertandingan dijalankan kecuali mendapat kebenaran daripada pihak penganjur.

8.     Semasa pertandingan dijalankan, para peserta tidak dibenarkan berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan diri dalam pertandingan.

9.     Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.

10.  Bagi pasukan yang tidak menjaga kebersihan tapak pertandingan, markah kebersihan bukan sahaja tidak akan diberi, malah akan ditolak.

11.  Apabila masa pertandingan tamat, para peserta mesti berhenti kerja. Markah 15% akan ditolak bagi pasukan yang melebihi masa.

12.  Deposit akan dikembalikan selepas pertandingan jika para peserta mematuhi segala peraturan dan menjaga kebersihan tapak pertandingan.

13.  Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada pihak penganjur.

14.  Keputusan pihak  pengadil adalah MUKTAMAD

15.  Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.


PERHATIAN:
  • PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI  TEMPAT PERTANDINGAN YANG DITETAPKAN.  JIKA TIDAK,   KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
  • SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
  • TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.
Pemarkahan:
Daya Tarikan
35%
Kreativiti
30%
Kebersihan & Kekemasan
25%
Bonus
10%
Jumlah
100%








AJK Bertanggungjawab:
i)        Lee Min Quan (012-4729617)
ii)      Sim Wan Ting    (017-4438283)