Pertandingan Masakan Moden
Tujuan: i) Untuk meningkatkan tahap kemahiran tentang
masakan moden
ii) Untuk mengeratkan hubungan antara peserta-peserta dari sekolah yang
berbeza
berbeza
iii) Untuk memupuk semangat kerjasama antara peserta
Tarikh : 17 Disember 2014
Yuran
pendaftaran : RM 15.00
Deposit : RM 20.00
Bilangan peserta : 4 orang
Bilangan peserta : 4 orang
Masa
pendaftaran :7.30pagi
Masa
pertandingan : 8.00pagi
Masa persembahan : 11.00 pagi
Tempat
pertandingan : Kantin
Pakaian : Memasak – Kemeja-T pasukan
Persembahan–
Pakaian seragam lengkap
Peraturan
MASAKAN
1. Masakan
yang wajib dihidangkan adalah sekurang-kurangnya 4 lauk, 1 sup, 1 minuman dan 1 manisan.
2. Bahan
masakan dan peralatan masakan moden yang diperlukan haruslah disediakan oleh
pihak peserta sendiri.
3. Hidangan
tambahan akan diberikan markah bonus.
4. Makanan yang siap
dimasak sebelum pertandingan seperti Tin Makanan serta
makanan yang mengandungi alkohol adalah dilarang.
5. Penggunaan perasa seperti ajinomoto tidak dibenarkan, hanya garam, gula, kicap, cuka, sos tomato, sos cili dan perasa yang dibenarkan boleh diguna.
6. Semua
masakan yang dihidangkan haruslah halal.
7. Peralatan
masakan moden elektrik seperti ketuhar, periuk nasi elektrik adalah dilarang.
8. Gas dapur
haruslah disediakan oleh peserta sendiri
9. Pihak pengadil berhak untuk menyita apa-apa bahan yang dilarang mengguna.
10. Jika peserta tidak begitu jelas bahawa sesuatu bahan adalah dilarang atau tidak, sila menghubungi AJK yang brtanggungjawab.
10. Jika peserta tidak begitu jelas bahawa sesuatu bahan adalah dilarang atau tidak, sila menghubungi AJK yang brtanggungjawab.
MASA
1. Tempoh selama
tiga jam diberikan kepada peserta untuk memasak, menghias, menghidang dan membersihkan
tapak pertandingan peserta masing-masing.
2. Markah 20%
akan ditolak sekiranya peserta tidak berhenti bekerja apabila masa pertandingan
dimaklumkan tamat.
PERSEMBAHAN
3. Persembahan
akan bermula sebaik sahaja tempoh tiga jam itu tamat.
4. Dua orang
sahaja dibenarkan untuk membuat penerangan semasa persembahan dijalankan.
5. Para peserta hanya diberikan masa 5 minit
untuk membuat penerangan. Markah akan ditolak bagi peserta yang melebihi had
masa.
PENGHIASAN
6. Penyediaan
menu makanan dan tag nama adalah diwajibkan dengan menggunakan bahan semula
jadi manakala resipi makanan akan mendapat markah bonus sekiranya dibuat.
7. Bahan untuk menghias makanan peserta haruslah bahan semula jadi seperti buah-buahan,
sayur-sayuran dan sebagainya manakala bahan kimia adalah dilarangkan.
KEBERSIHAN
8. Kebersihan
mestilah dijaga di tempat pertandingan peserta masing-masing. Markah akan ditolak
jika peserta yang tidak jaga kebersihan
9. Deposit
akan dipulangkan kepada pihak peserta sekiranya kebersihan tempat pertandingan
dijaga dengan baik.
HAL-HAL LAIN
10. Peserta
tidak boleh meninggalkan tempat pertandingan semasa pertandingan dijalankan
kecuali mendapat keizinan daripada pihak penganjur.
11. Peserta
tidak dibenarkan untuk berkomunikasi dengan orang luar yang tidak melibatkan
diri dalam pertandingan semasa pertandingan dijalankan.
12. Peserta
yang mengganggu peserta lain akan dibatalkan kelayakan bertanding dan
dikeluarkan dari tempat pertandingan dengan serta-merta.
13. Peserta
yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya.
14. Segala
perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
15. Keputusan
pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
16. Sila
hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN:
- PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERRTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
- SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
- TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.
Pemarkahan:
Kelazatan
|
30%
|
Penghiasan
|
25%
|
Kebersihan
|
15%
|
Kerjasama & Disiplin
|
10%
|
Penerangan
|
10%
|
Bonus
|
10%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i)
Ng Qi Xuan
ii)
Lau
Wei Jing (017-4606684)