PERTANDINGAN TARIAN
Tujuan: i)
Sebagai hiburan dalam majlis unggun api
ii)Memberi peluang kepada peserta untuk saling
berkenalan.
Tarikh : 17 Disember 2014
Yuran pendaftaran : RM 15.00
Bilangan peserta :
3 – 15 orang
Tempat saringan : Padang antara Blok A & B
Tempat pertandingan : Padang
Tempat pertandingan : Padang
Masa pendaftaran :
2.00
petang
Masa saringan : 2.30 petang
Masa saringan : 2.30 petang
Masa pertandingan : Semasa Majlis Unggun Api
Pakaian :
--
Had masa : 5 – 7 minit
Peraturan
- Tajuk tarian adalah bebas tetapi tarian yang berkait dengan tema unggun api adalah digalakkan.
- Tarian yang berbahaya adalah dilarang.
- Ganti rugi akan dituntut daripada peserta yang merosakkan kawasan pertandingan semasa pertandingan dijalankan seperti terbakar padang apabila menggunakan api untuk menari.
- Tarian yang melibatkan bahan api tidak boleh dipersembahkan di atas pentas tetapi di padang.
- Para Peserta dilarang mencelupkan warna pada rambut,mengenakan cat kuku dan mempunyai tatu,termasuk yang palsu.
- Para peserta hanya diberikan masa 5 – 7 minit untuk membuat persembahan. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had masa.
- Bilangan peserta mestilah sekurang-kurangnya 3 orang peserta. Markah akan ditolak bagi peserta yang tidak memenuhi had bilangan peserta.
- Pihak peserta harus menyediakan muzik yang hendak dimainkan semasa persembahan dalam bentuk pemacu pen dan menghantarnya kepada pihak penganjur semasa pendaftaran. Nama kumpulan/pasukan dan nama sekolah mesti dicatatkan.
- Keputusan saringan akan diumumkan oleh pihak penganjur sebelum majlis unggun api diadakan. Hanya tarian yang memuaskan akan dipilih sahaja. Giliran untuk membuat persembahan saringan akan ditentukan melalui cabutan undi semasa pendaftaran dibuat.
- Pakaian adalah bebas tetapi tidak boleh terlalu mencolok mata.
- Para peserta yang melanggar peraturan akan dibatalkan kelayakan bertandingnya Segala perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada kuasa pihak penganjur.
- Keputusan pihak pengadil adalah MUKTAMAD.
- Sila hubungi pihak penganjur jika maklumat yang diberikan menimbulkan kekeliruan.
PERHATIAN:
- PARA PESERTA DIMINTA MENDAFTAR DIRI DI TEMPAT PERRTANDINGAN PADA MASA YANG DITETAPKAN. JIKA TIDAK, KELAYAKAN BERTANDING AKAN DIBATALKAN!
- SEMUA PERTANDINGAN HANYA DAPAT DISERTAI OLEH SATU KUMPULAN YANG MEWAKILI PASUKAN BERUNIFORM TESERBUT.
- TINGKATAN 5 DAN KE ATAS DILARANG UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN.
Pemarkahan:
Daya Tarikan
|
30%
|
Kreativiti
|
25%
|
Gaya & Perasaan
|
20%
|
Pakaian & Solekan
|
20%
|
Bonus
|
5%
|
Jumlah
|
100%
|
AJK Bertanggungjawab:
i)
Yeoh
Wei Cheng (012-4973282)
ii) Ng Yun Jie (019-5546910)